KEK KUKUS KURMA
Bahan2 :
300 gm tepung gandum**
1 sudu teh soda bicarbonate**
1 sudu teh soda bicarbonate**
**ayak
150 gm gula kastor
4 biji telur
1 ketul butter (250gm)
1 cawan kurma – hiris halus
1 sudu teh esen vanila
3/4 cawan gula - buat gula hangus
Cara2 :
- Gaulkan kurma yg telah dipotong2 dengan sedikit tepung. Ketepikan.
- Putar mentega dengan gula kastor sehingga kembang dan sebati.
- Masukkan esen vanila dan telur satu persatu. Terus mengacau sehingga sebati, jangan pukul terlalu kuat. Sikit2 je, asal dah sebati (saya guna whisker/pemutar belon)
- Masukkan pula tepung. Kaup dan balikkan tepung dengan berhati-hati sehingga tepung sebati dengan adunan.
- Buat pula gula hangus. Masukkan gula kedlm periuk dan kacau di atas api perlahan sehingga berwarna keperangan. Bila gula dah keperangan, masukkan kedlm adunan cepat2 dan terus mengacau sehingga gula sebati.
- Masukkan pula kurma yg telah dihiris dan digaul dengan tepung tadi. Gaul sebati.
- Masukkan kedalam loyang yang telah digris dengan butter dan ditabur sedikit tepung. (Saya guna loyang saiz 7 inch)
- Balut penutup pengukus dengan kain bersih untuk mengelakkan air menitis atas kek. Kukus menggunakan api sederhana selama 1 jam stgh/ hingga masak.