Tuesday, June 21, 2011

Apam Pisang ChocMilo

Salam.. dh lame aku tak mem baking.. ni buat mlm td, ader lebihan pisang yg AfiQah tak abis nk makan. Kulit pon dh tukar jd hitam, nk buang syg plak.. Ckup2 tuk 1 adunan jer.. Resepi dr Kongsi Resepi, tp lupa nama tuan nyer.. Sng jer nk buat, skjp dah siap bancuh.. Jom tengok resepi :-)


Bahan A:
1 1/3 cwn tpg gandum (165gm)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu mkn milo
1 sudu mkn serbuk koko
1 sudu teh garam
***ayak dan ketepikan dulu

Bahan B:
1 bj telor (gred A)
1 cwn minyak masak
1 cwn gula perang
1 cwn pisang lenyek

Hiasan : coklat chip utk tabur di atasnya

Cara:
  1. Pukul bahan2 B (kecuali pisang) dengan pemutar belon (hand whisk) hingga sebati. Masukkan pisang dan gaul sebati..
  2. Kemudian masukkan bahan2 A, gaul hingga rata.
  3. Sediakan cawan kertas, isikan 3/4 shj dan taburkan coklat chip...
  4. Panaskan pengukus hingga air mendidih dan kukus adunan 15-20 minit...
  5. Bila dh masak, buka penutup kukus dan biarkan 2 minit supaya permukaan kering...
***** Balut tudung pengukus dgn kain utk elakkan air menitis atas adunan..

Friday, June 3, 2011

Oreo Cotton Soft Japanese Cheesecake


(resepi asal oleh : alma@myresipi.com)

***Tapi sy ubah skit…Mintak halalkan yek..

Lapisan Oreo (base):
1 paket oreo (137gm)
50gm butter (cairkan)
**Buang krim biskut oreo dan mesin hingga halus. Campurkan butter cair, gaul hingga sebati. Masukkan dalam loyong dan tekan ke dasar loyang hingga padat. Bakar suhu 160oc selama 5 minit & sejukkan.

Bahan-bahan Kek ( 8-inci )

Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu cair/susu segar
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
  • 130g gula
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dengan teknik double boiler. Bila dah cair biarkan adunan tu sejuk. Kemudian campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dalam adunan cream cheese & gaul hingga sebati (guna senduk kayu)
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih (foamy). Tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk @ soft peak (bila bekas diterbalikkan putih telur tadi tidak jatuh).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B & kacau hingga sebati. Saya bahagikan kepada 2, 1 warnakan dengan warna ungu 1 lagi biarkan dengan warna asal.
  4. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek secara berselang seli hingga habis.
  5. Bakar kek dlm kira2 sejam, dgn cara bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C (api bwh shj). Pd sesiapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).
  6. Dah masak biarkan sejuk pastu boleh la letak filling blueberry kt atas. Saya suka beli yg 30% fruit, filling tu ader ketul2 bluberry.. 
  7. Bleh juga try resepi topping ni :  
    1 sudu besar gelatin
    1/2 cawan bluberry filling
    1/3 cawan air
     
    Masukkan gelatin ke dalam 1/3 air dan panaskan dgn kaedah double boiler. Kacau hingga gelatin larut. Kemudian, masukkan ½ cwn blueberry filling dan kacau sebati. Tuangkan atas cheese cake…