Monday, May 23, 2011

Cream Puff & Cheese Cake Caramel

CREAM PUFF
CREAM PUFF (resepi dari zaliana@myresipi.com)

Bahan-bahan :
125 gm tepung naik sendiri
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur

Bahan-bahan untuk inti jagung :
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung dalam tin (1/2 tin)
1/2 cawan tepung kastad
5 sudu besar gula
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara :
  1. Cara-cara untuk puff
  2. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung, kacau hingga adunan tak melekat pada periuk. Sejukkan
  3. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
  4. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
  5. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan, lebih kurang 30 minit.
  6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipekan inti jagung

Cara-cara untuk inti :
  1. Kacau tepung kastad dan air. Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair, pewarna dan gula. Kacau hingga naik wap
  2. Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak. Biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam puff. Siap...
Cheese Cake Caramel
Cream Puff pertamaku.. Alhamdulillah.. Sj test buat coz nanti nk buat tuk majlis tahlil kat ofis.. Cheese cake tu pon sj try buat, kukus. Tp rs masam cheese tu hilang, rasa cam puding telur la plak..huhuhu.. Cream Puff tu bwk tuk bekal anak kt umah pengasuh & bagi kat ank sdare skit (Fatihah).. Tak payah singgah kedai beli kue..:-p

No comments:

Post a Comment