Friday, May 27, 2011

Kek Oren Blended Alunan Kasih


Projek hujung mgu... Ni gabungan resepi Oren Blended (Kak Fida MyResepi) & idea alunan kasih Mastura Yasak (Kongsi Resepi).. Tq.. Oren ni belen pencuci mulut dari jamuan tahlil.. Macam sonot plak tgk kek kaler2 gini..


~RESEPI : (Mintak halal yer tuan punye resepi asal)


Bahan-bahan:
• 1 biji buah oren
• 1 cawan minyak
• 1 1/2 cawan gula halus
• 3 biji telur gred A @ 4 biji gred B
• 2 cawan tepung gandum*
• 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara:
  1. Cuci buah oren, potong dan buang biji dan urat putih di tengah2. Potong lagi buah oren kecil2 bersama kulitnya sekali. Masukkan kedalam blender bersama, minyak, gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Bahagikan kepada 3 bahagian & warnakan ikut warna pilihan.
  4. Griskan loyang & masukan adunan warna pertama, ratakan dlm loyang & ayak serbuk koko menutupi lapisan pertama.. (ayak nipis2, gunakan tapis teh yg halus utk ayak serbuk koko)
  5. Masukkan lapisan kedua, ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua.
  6. Ulang melapis untuk lapisan ketiga.
  7. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

No comments:

Post a Comment