Saturday, September 24, 2011

Kek Oren Blended & Kek Choc Mint

Oren Blended

Choc Mint Cake


Bhn2..
200 gm tepung naik sdiri
230 gm butter/marjerin
220 gm gula kastor
3 bj telur gred A
1 sdk esen vanila
30 gm serbuk koko
50 gm susu pekat
perwarna hijau
perasa papermint (sy x letak)

Cara2..
  1. Panaskan oven, suhu 180oC
  2. Griskan loyang (saya guna 10 inci)
    Dlm mangkuk pukul tepung & butter hngga jd pes yg sebati, ketepikan
  3. Dlm mangkuk yg lain pukul telur & gula hngga likat.
  4. Masukkn adunan telur & esen vanila ke dlm adunan tepung. Pukul hngga kembang.
  5. Bhgkn kpd 2 adunan. 1bahagian dmasukkn susu & srbk koko. 1 bahagian lg dicmprkn pwrna hijau & papermint.
  6. Letakkan 2 sdb adunan coklat ditengah loyang & letakkn 2 sdb adunan hijau ats adunan coklat td.
  7. Ulang scara bselang seli shingga habis.
  8. Kemudian hentakkan sdkt loyang sblm dibakar slama 45 mnt @ sehingga masak.

Salam Aidilfitri... Waahh.. raya lagi ker...dh nk masuk bln lain pon.. tp mood ry dok abih lg.. 2 biji kek untuk majlis jamuan raya kt ofis siang td... Resepi choc mint dh lame tak buat.. Ader kisah tragik lg menyayat hati mase bt kek ni..huhuhu... biarlah rahsia... malu....

Kek Karamel



Selamat Hari Raya... Akhir2 bln ni semua sbuk dgn open house.. Ari ni pon ader jiran jmput tp maaf sbb b'tmbung dgn majlis kt ofis... Kek ni aku hntr sbgai pengganti diri.. Kena hargai jiran kita... waahh mesej b'guna selit kt cni.. Huhuhu... Resepi bleh rujuk SINI..

Sunday, September 18, 2011

Muffin Coklat

MUFFIN COKLAT (SERBUK KOKO) http://www.babycakes2u.com/resepi/76-resepi-cupcakes.html

Bahan-Bahan
  • ½  cawan mentega (100gm)
  • ½  cawan minyak jagung
  • 1 ¼ cawan gula perang
  • 3 biji telur
  • 2 ½ cwn tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
  • Sedikit coklat chip untuk hiasan.
Cara-cara:
  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit.
  2. Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  4. Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
  5. Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung  sehingga sebati.
  6. Paipkan adunan  ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
  7. Siap untuk di bakar. Bakar selama 20 minit.
Tips:
  1. Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan kita boleh naik  dengan sempurna.
  2. Pukul adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek.
  3. Jangan guna minyak masak yang berkacang  kerana ia member kesan pada rasa muffin anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
  4. Untuk mendapatkan rasa coklat sebenar, guna susu segar perisa coklat (Dutch Lady).
  5. Untuk mendapat muffin yang sedap, gantikan tepung gandum dengan Tepung Ros (ayak  terlebih dahulu) yang boleh didapati dikedai2 bakeri. Harga tepung ros ini mahal sedikit tetapi untuk hidangan sendiri  sangat berbaloi.
  6. Muffin yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan setiap 10 minit supaya adunan masak dengan sempurna.
  7. Anda boleh mengguna kan cup kertas saiz 3 atau 8. Jumlah muffin yang akan diperolehi sekitar 35-38 biji (saiz 3) atau 17-20 biji (saiz 8).
Salam... Order lps ry.. 50 bj muffin coklat... Resepi br nk tepek kt cni, walaupun dh byk kali post psl order muffin ni...

Friday, September 2, 2011

Kuih Goyang @ Bunga Durian

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Kuih tradisional yg slalu jd pilihan time raya.. Masa beraya kt umah kakak dkt Jertih smpt juga blajo buat kuih ni... Jom tgk resepi smbil bergoyang...:-p

Bahan:
1 paket (500gm) tepung beras
13 sudu besar gula
1 biji telur
1/2 bj santan kelapa

secubit garam
sedikit kapur makan
bijan (tak letak pun xper)

Cara2:
1. Gaul semua bahan (kecuali bijan) hingga sebati. Jika terlalu pekat tmbah sedikit air.. Bacuhan jgn terlalu pekat atau terlalu cair..
2. Panaskan minyak & rendam acuan kuih goyang dalam minyak panas. Taburkan sedikit bijan ke atas permukaan bacuhan td kemudian celupkan acuan yg panas. Jgn smpi menutupi permukaan acuan kalau tidak kuih ni susah nk ditanggalkan.. Letih plak nk goyang lame2.. Masukkan dalam minyak panas bersama2 acuan td, smbil goyang2 kn acuan tuk tggalkan kuih.. Goreng hingga kekuningan @ masak.. Ulang step hingga habis..
*** Bijan hanya utk tabur di atas bacuhan sebelum dicelup dgn acuan panas.
***Acuan perlu dibiarkan dlm myk pns seketika sblm dicelup semula dlm bacuhan..