Monday, August 29, 2011

Cistat (Corak Bunga)





Salam... kali ni beralih angin bt corak lain skit.. Trima Kasih pd Kak Azlita yg sudi share step by step nk bt corak ni... Layan blog Kak Azlita....

Wednesday, August 24, 2011

Biskut Tulip


Biskut Tulip

Bahan-bahannya:-
200gm mentega
250gm tepung gandum
50gm gula aising
1 biji kuning telur
20gm tepung jagung
30gm susu tepung
1 sudu kecil esen vanilla
Kurma –hiris memanjang (hiasan)
sedikit badam cincang

Cara menyediakan:-
1. Satukan mentega, gula dan esen vanilla. Pukul sehingga kembang.
2. Masukkan kuning telur, tepung jagung, susu tepung & tepung gandum. Gaul hingga menjadi doh.
3. Gunakan penggelek yg bergerigi utk mencanai
dan terap dengan acuan tat.
4. Bentukkan seperti bunga tulip. Sebelum dibakar, sapukan kuning telur di
atasnya. Tabur badam cincang.
5.Letakkan buah kurma sebagai hiasan. Buatkan tangkainya berwarna hijau.

Sunday, August 21, 2011

ALMOND SNOW

Yg ni salut nestum sbb x ckup serbuk roti...:-p

Ni guna serbuk roti..

BISKUT ALMOND SNOW

BAHAN :

(A)
200 gm mentega
100gm gula halus
1s/b shortening
1 biji kuning telur
1s/t esen

(B)
220gm tepung gandum
70gm tepung ubi
50gm nestum (kisar)
40gm badam kisar
1s/b coffemate (xltk pun xpe)

HIASAN:
Coklat masakan
Serbuk roti

Cara:

1. Pukul mentega, gula dan shortening sehingga sebati. Masukkan esen dan kuning telur. Gaulkan rata.
2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A tetapi sedikit demi sedikit dan ratakan.
3. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan.
4. Bakar pada suhu 175'C selama 20 minit/ hingga masak
5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan. Selepas itu, golekkan pula ke dalam serbuk roti putih

Friday, August 12, 2011

Tat Coklat


Salam.. First try, ade kwn mengidam nk mkn..huhuhu..ader plok gamok nyer... Shell/kulit tat tu guna resepi cam yg lps2..
Utk filling : 1 kotak kecil whipping cream (250ml)
300gm coklat msakan (potong kecik2)
1 sudu besar butter..
**Masak whipping cream (double boil)  hingga b'buih tepi2 periuk, masuk coklat + butter, kacau hingga cair.. Tuang dlm shell tat.. Biarkan sejuk...

Thursday, August 4, 2011

Agar-agar Cendol


Salam Ramadhan smua... Ari ni msk lauk aper? Aku ni mmg tak reti bab2 msk lauk pauk ni.. Goreng ikan jela..huhuhu.. Maring aku buat agar2 cendol tuk buka poser.. yg tak poser pon bleh mkn skali.. Resepi asal amik kat http://hanieliza.fotopages.com/?entry=775904, tp aku dh ubah skit.. Tq pada tuan punye resepi....


Bahan-bahan:
1 paket agar2 [15 gm]
2 1/2 cawan air
1 cawan gula
1 cawan susu cair / 1 cwn santan pekat (lebih rs lemak)
2 cawan cendul 
1 cawan gula merah

Cara:
Rebuskan agar dengan air sehingga mendidih.
Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi. Tapis.
2/3 dari bahagian tadi dimasukkan susu cair/santan dan kacau hingga mendidih.
Padamkan api dan masukkan cendol.
Masukkan dalam acuan dan biarkan hingga agak keras (jgn keras sangat nanti adunan tak melekat)
1/3 baki bahagian tadi dimasukkan gula merah.
Kacau rata & biarkan mendidih dan tapis.
Tuang perlahan2  ke atas bahagian cendol tadi.. Sejukkan untuk hidangan.

***Boleh juga masukkan bahagian yg dicampur gula merah dulu ke dalam acuan, dan kemudian tuangkan bahagian yg mengandungi cendol.. Selamat Mencuba.....

Tuesday, August 2, 2011

Kek Karamel Lagi....





Bagi kt pengasuh..

Utk kesekian kali nyer aku buat kek karamel lagi.. dh byk kali buat rase mcm sronok n mudah plak.. Boleh la wat buke pose.. Bagi skit kt pengasuh AfiQah...

Monday, August 1, 2011

Tart Telur



Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
1. Pukul marjerin dan gula. (guna sudip kayu)
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Bakar pada suhu 170oC sehingga separuh masak (10 minit)

Filling Kastad:

Bahan-bahan :
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula (aku ltk 1/2 cwn jer)
1 cawan air biasa
2 sudu besar tepung kastad
1/2 s/teh vanilla
sedkit pewarna kuning

Cara2 Membuat Filling:
1.      Masukkan semua bahan kedalam blender, kemudian tapis.
2.      Keluarkan kulit tat yang dibakar tadi,tuangkan filling ke dalamnya.
3.      Bakar semula selama 10 minit.


Salam.. Resepi ni amik dlm My Resepi. Acuan tart telur biasanya org buat guna acuan no4. Tapi aku biasa pakai yg no 3/2 dpt byk skit. huhuhu.. utk mkn sdiri yg kecik2 ok la kn.. acuan no 1 biasa pakai untuk bt cheese tart, saiz tapak lbh kurang 2.7cm (besar duit 50c).. To my fren Tiniey, jgn lupa ato dumah aku skit tart telur..huhuhu.. Selamat mencuba!!!