Tuesday, August 2, 2011

Kek Karamel Lagi....





Bagi kt pengasuh..

Utk kesekian kali nyer aku buat kek karamel lagi.. dh byk kali buat rase mcm sronok n mudah plak.. Boleh la wat buke pose.. Bagi skit kt pengasuh AfiQah...

Monday, August 1, 2011

Tart Telur



Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
1. Pukul marjerin dan gula. (guna sudip kayu)
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Bakar pada suhu 170oC sehingga separuh masak (10 minit)

Filling Kastad:

Bahan-bahan :
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula (aku ltk 1/2 cwn jer)
1 cawan air biasa
2 sudu besar tepung kastad
1/2 s/teh vanilla
sedkit pewarna kuning

Cara2 Membuat Filling:
1.      Masukkan semua bahan kedalam blender, kemudian tapis.
2.      Keluarkan kulit tat yang dibakar tadi,tuangkan filling ke dalamnya.
3.      Bakar semula selama 10 minit.


Salam.. Resepi ni amik dlm My Resepi. Acuan tart telur biasanya org buat guna acuan no4. Tapi aku biasa pakai yg no 3/2 dpt byk skit. huhuhu.. utk mkn sdiri yg kecik2 ok la kn.. acuan no 1 biasa pakai untuk bt cheese tart, saiz tapak lbh kurang 2.7cm (besar duit 50c).. To my fren Tiniey, jgn lupa ato dumah aku skit tart telur..huhuhu.. Selamat mencuba!!!


Thursday, July 28, 2011

Kuih Lapis

Kuih Lapis @ Lompang.. Buat malam td tuk bekal AfiQah.. Mkn ker dop xtau la.. huhu.. Nk tarik minat dier wat byk kaler skit.. Resepi amik kt Kongsi Resepi :

Bahan2:-
1) 2 cwn tepung beras.
2) 1/2 cwn tepung gandum.
3) 2 sudu besar tepung ubi @ tepung sagu.
4) 3/4 cwn gula 
5) secubit garam.
6) 2 1/2 cwn santan

Cara:-
1) Campurkan semua bahan, gaul sebati
2) Bahagikan kepada 4 bahagian, warnakan.
3) Panaskan kukusan n sapukan acuan dgn sdikit minyak masak.
4) Sudukan lapisan pertama n kukus selama 5 minit. Sudukan lgi n kukus lagi selapis demi lapisan. Lapisan terakhir kukus selama 10 minit. SIAP.....
****Part last skali aku tertidur, timer pun x lps duk tgn.. Asben aku kejut, Ya Allah...air lam kukusan kering.. kalo lmbt skit jer sure berlubang..huhuhu.. Moral, pastikan diri anda btul2 ready tuk menunggu lapisan demi lapisan hingga msk.. sabo jela..

Monday, July 25, 2011

Kek Karamel x3


Skit lg nk msk ni....
Dh terbalikkan...
Potong.... No. 1
Sabar menunggu....

No 2
Tingg...masak...

No. 3

Hidang utk tetamu...
Wooo.. Mlm yg memenatkan.. Buat 3 biji kek karamel utk jamuan kat ofis.. Alhamdulillah smua beres.. Hasil pon x menghampakan... Ni 2nd time bt.. Pglaman 1st time dulu byk membantu.. Ni aku ubah skit dr resepi asal kawan2 Kongsi Resepi :

BAHAN-BAHAN
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
...
(B) - Bahagian Atas
1 tin susu cair 
70gm gula kastor
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur + 2 bj telur
 (C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
60gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D) - Merinque
6 bj putih telur
60gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk, mmg best makan mase sejuk.. :-p

Saturday, July 23, 2011

Puding Karamel



Bahan:

A) 3 s/b gula (jadikan caramel)

B)
8 biji telur A
1 tin susu cair
6 s/b gula
1 s/t esen vanilla
Secubit garam

Cara :
Campurkan kesemua bahan B, kacau hingga gula hancur.. tapis dan masukkan dalam loyang.. Kukus guna api sederhana selama 30 mnt… Siap.. Simpan dalam peti sejuk sbb puding lagi best mkn ketika sejuk..

Sunday, July 17, 2011

Orange Blended Muffin + Chocolate Muffin

300 pcs

Sama dgn resepi kek oren blended cuma tambah 1 s/t soda bikarbonat


Untuk majlis kahwin abang aku pada 15 Julai 2011...

Wednesday, July 6, 2011

Mufin Pisang..



Muffin pisang lagiiii.. Nk buat camne dh ank tokey pisang, nk mkn mcm tu saje dh muak.. Kena la tukar menu skit.. Huhuhu.. Ni resepi kukus tp aku dh buat dulu kukus mcm x ngam ngan selera ank tekak aku (tuk respi ni la).. So aku try bakar.. rase nyer lbh umpppp.. Jom tgk resepi...


Bahan:
  • 250 gm mentega
  • 180 gm gula castor
  • 1 sudu besar ovalet
  • 4 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 275 gm tepung gandum (ayak 3x)
  • 1 tsp serbuk penaik
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 250 gm pisang
  • Sedikit coklat chip
Cara-caranya:-
  1. Pukul mentega, gula dan ovalet hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu.
  3. Kemudian masukkan pisang (putar dengan sudip kayu)
  4. Masukkan pula tepung yang telah di ayak dengan soda dan baking powder.
  5. Masukkan esen vanila dan akhir sekali masukkan chocolate chip.
  6. Isi dalam papercup.. Bakar suhu 1750C, api ats n bwh (ikut kesesuaian oven msg2)